07 Mei 2011

Weiii rindu gilerrr...camana ni??

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pegunjung di blog aku yang tak seberapa nih...:-)
Hari ni semua benda dah buat, masak, membasuh, mengemas dan banyak la me, me...n me...semuanya dah beres. Sambil duduk-duduk goyang kaki ni bukak lah album lama, zaman sekolah-sekolah dulu...tetiba teringat kat kawan-kawan baik aku Lin, Lala, Linda dan Ecah. 

Masa sekolah dulu kami memang berkawan baik sampai lah sekarang, cuma sekarang ni masing-masing sibuk dengan urusan dan family masing-masing kami cuma berjumpa setahun sekali, menjadi acara wajib setiap tahun selepas raya kitorang mesti akan jumpa beraya dari setiap rumah bermula rumah Lin dan akhir tengok keadaan la, kekadang kat umah aku atau pun rumah Linda.

Aku, Lin, Lala dan Linda tinggal dalam Lembah Klang...cuma Ecah kawan aku sorang ni tercampak jauh kat Ipoh tu dan dia sorang je antara kawan aku menjadi surirumah sepenuh masa...syokkan.. tak payah nak terkejar-kejar punch card.



Aku cerita serba sedikit mengenai kawan-kawan aku ni la (wei Lin, Lala, Linda, Ecah..korang jgn marah ye..saje nak mengimbau kenangan) bermula dengan

1.   Lin

Lin ni kecik molek orangnya sampai la sekarang ni, body maintain beb..x mcm aku...hehehe. Masa sekolah dulu, dia ni kategori pendiam, sekarang mak oii kalah aku ada add value lagi Laser..hehehe ..aku suka panggil dia Cikua...sebab muka macam cina. Masa dalam kelas dulu dia dok kat sebelah aku. Sekarang dah kawin, dia mendahului aku dan kawan-kawan yang lain anak 4 orang. Antara kami berlima dia yang ke 3 berkahwin lepas aku dan Linda.

  2.   Linda

Yang ni pulak Linda, sempoi and cool. Tak banyak cakap, tapi kalau ada orang usik me"laser" jugak dia... antara kami berlima dia bertemu jodoh paling awal...maknanya yang pertama kawin. Kenapa?? sebab jodohnya sampai dulu la. Anak 2 orang..dua-dua hero. Aku selalu tanya, bila nak tambah anak? Biasa la dia senyum je..belum ada rezeki la tu...Kerja kat mana? Dia ni minah bank...hehe teka je la bank mana....




3. Lala

Yang ni Lala, dia ni biasa la..sempoi gak..dulu-dulu anti ngan budak lelaki...antara kami dia tercampak ke kelas lain sebab dia pandai sikit dari kami kot...hehe kami kelas Perdagangan dia kelas sains..tapi waktu datang sekolah, kat kantin masa rehat atau balik sekolah dia mesti join kami, jarang join budak kelas dia...Lagi satu, bila kami ada kokurikulum waktu petang, rumah dia kami berlima serbu untuk berehat seketika dan juga makan tengahari.  Mak dia masak sedappp sangat, paling aku suka  sambal tempe dia...sedap tuuu...sampai sekarang aku ingat. Minah ni boleh tahan jugak garang selepas aku la... Lepas sekolah dia terus sambung belajar di UITM, kami semua..hehehe nak buat camana jodoh sampai dulu....dah kawin, dah kerja ni baru la ingat nak sambung belajar...:-)


4.   Ecah

Ecah atau Khairul Bariah Ahmad. Antara kawan baik aku dia ni la paling comel dan cantik sampaiii sekarang tu sebab dulu dia ni artis. Korang ingat dengan Eisya yang hits dengan lagu Nurani dulu...dia ni la. Masa dia jadi artis dulu, rasa kembang kempis gak la aku, sebab ada gak kawan aku jadi artis...hehe..masa dia artis dulu ingatkan dia akan lupakan kawan-kawan baik dia, tapi tak sangka walau kat mana pun dia tetap ingat kat kami. Merasa gak la kami masuk majalah... tak silap aku majalah Media Hiburan tahun 98 kot...reporter nak interview kawan2 baik dia..so, dia invite le kami..Dalam banyak kawan2 dia ni slow sikit, bukannya slow apa...pasal kadang2 bila kami buat lawak..kami dah gelak dia terpinga-pinga lagi...lepas kitorang dah abih gelak baru dia gelak...lama-lama kitorang yang terpaksa gelak balik pasal gelakkan dia..hehe. Sebab dia cantik antara kami, so selalu la kena usik dengan budak-budak lelaki kat sekolah kami. Sekarang ni dia jadi surirumah sepenuh masa dengan 2 anak lelaki dan suaminya. Masih cantik dan ayu seperti dulu...




5. Ini aku

Aku dipanggil Leha oleh kawan2 aku, suami aku panggil Zai, kawan2 opis panggil Lulu...macam2 nama aku diorang nak panggil ikut suka la. Aku macam biasa la, tetap aku hehhe...antara kawan2 aku ni, diakui memang aku terlebih peramah sikit, laser pun ade..sape kawan ngan aku memang cepat mesra. Antara kawan2 aku ni memang kategori berani sikit, so kalau ada budak-budak lelaki yang kacau kawan2 aku and bila diorang ngadu ngan aku, memang kena la budak2 lelaki tu...hahaha tapi tu dulu...sekarang aku dah jadi bini orang, anak pun dah tiga. Body..naik sikit la..eh bukan naik tapi chubby...(tahap perasan la ni)...

Itu la serba sedikit cerita aku dan kawan-kawan paling baik dalam hidup aku. Sentiasa rindu kat korang,   kesibukan ni membataskan pertemuan kita. Sekarang ni bila nak keluar mana2 mesti dok teringat kat 'hand bag"(anak2 le tu)..payah nak ditinggalkan. Bila berjumpa sibuk lak layan anak2 dari kengkawan. Weiii camana ni korang..aku rindu korang la....Korang la kawan aku dunia akhirat..Best Friends Forever..


2 ulasan:

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik