10 Mei 2011

Kes Simbah Asid di KL

Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan kejadian simbah asid di kawasan Kuala Lumpur, menurut sumber yang diperolehi daripada laman facebook rasmi PDRM sejak bulan Feb hingga Mac terdapat (18) kejadian simbah asid berlaku dan yang terbaru pada 6 dan 7 Mei di Sentul dan Dang Wangi. Mangsa adalah terdiri daripada wanita...nak tahu lanjut boleh pergi ke sini.

Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku dan apa motifnya tak lah pulak aku tahu. Tetapi apa yang ingin aku nyatakan di sini adalah sentiasalah berwaspada dan berhati-hati..terima kasih kepada PDRM kerana bertindak segera dan berjaya menahan suspek...walau pun suspek telah ditangkap, tidak salah untuk kita sentiasa berwaspada tidak kira di mana kita berada. Persoalan di minda ku adalah "apakah semakin kita maju semakin manusia bertindak di luar batas kemanusiaan?"




Apa-apa pun beberapa nasihat untuk semua
- sentiasa memberi perhatian pada persekitaran
- berwaspada ketika dalam perjalanan terutama yang sedang berjalan kaki
- sentiasa berhati-hati dengan orang yang dilihat mencurigakan
- jika perlu, hubungi polis

Selain itu, sentiasalah mohon perlindungan dari Allah SWT, kerana hanya kepada Nya sahaja kita berlindung daripada mara bahaya. Antara doa yang boleh diamalkan sebelum melangkah keluar atau selepas solat adalah seperti berikut:


Insyaallah...selain itu kita bertawakkal dan berserah kepada Nya.....

2 ulasan:

  1. dunia sekarang mmg menakutkan..
    =)

    BalasPadam
  2. hishh...seb bek la kalo g mane2 tunang yang temankan..bahayanya..huhuhu

    BalasPadam

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik