09 Mei 2011

Kenapa Sedih??



Mata masih belum nak terpejam lagi dan alang-alang mata tak mahu nak pejam lagi ni aku nak berkongsi sedikit dengan pengungjung blog aku ni melalui buku kesayangan aku bertajuk La Tahzan atau Jangan Bersedih. 

Aku percaya ramai yang tahu mengenai buku ni, ia sungguh baik dibaca tatkala kesedihan melanda..tak sedih pun boleh baca jugak...tapi paling penting Al-Quran jangan ditinggalkan, itu penawar kepada segala kesedihan kita. Aku ambil sedikit je petikan untuk dikongsikan bersama:

"Jangan bersedih, sesungguhnya kesedihan hanya akan membuat mu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka dan hanya akan membuatmu menjadi pesimis."

"Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar kebingungan dan keraguan."

"Jangan bersedih, sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada zikir, ada sedekah, ada perbuatan baik dan amalan yang memberi manfaat"

Jadi ingatlah, jangan bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita. Mengadulah, merintih dan bermohon kepada Nya. 

Sekian, wassalam.




2 ulasan:

  1. tak pernah dengar nama tajuk buku tu tapi petikan2 ayat tu best.. :)

    BalasPadam
  2. rossa: cuba cari di kedai buku MPH, biasanya ada kulit buku warna kuning...buku ni memang laris...

    BalasPadam

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik