10 Mei 2011

Kari Ayam Berkerisik



Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni nak berkongsi resepi Kari Ayam Berkerisik dengan anda semua. Gambar tak berapa cantik sebab ambil guna handphone, kamera dah rosak tak tahu apa dah jadi. Rumah ni ramai sangat yang jadi mekanik, engineer..kontraktor pun ade...

Berbalik kepada resepi tadi ni nak bagi tahu lah kan bila bersuamikan orang Kedah ni, biasalah kari menjadi salah satu menu mingguan. Resepi kari ni aku ambil daripada ibu mertuaku. Ibu-ibu ni kalau masak main campak-campak je..tapi rasenye mmmm sehinggakan dia lalu kat belakang pun tak sedar. Okay lah berbalik kepada resepi, berikut adalah bahan-bahannya:

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana, basuh hingga bersih)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 biji terung bulat (dibelah empat)
2 biji  tomato (dibelah empat)
1 peket kecil rempah kari daging (aku suka guna Babba's punya)
2 sudu serbuk cili Babba's (optional-tak nak letak pun tak pe)
Sedikit bunga lawang dan kayu manis
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
2 sudu besar kerisik
Santan (dlm 1 biji kelapa)

Cara menyediakannya:

Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang telah dihiris, bunga lawang, kayu manis, tumis dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan rempah kari dan rempah cili. Kacau dan tumis sebati, kemudian masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau sebati dan seterusnya masukkan ayam tadi, gaul rata dan masukkan santan. Masak sehingga ayam lembut dan masukkan terung dan tomato. Guna api perlahan, lagi lama lagi bagus sehingga naik minyaknya. Setelah itu barulah masukkan garam secukup rasa. Siap dah dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik