04 Mei 2011

ibu jangan jerit-jerit tau

Masuk hari ni dah 2 hari aku dok sakit tekak. Mengadu dengan hubby aku dia suruh pegi klinik ambik ubat aje...ambik je la, makan tu tak tahu bila..Kenapa ye tekak boleh sakit ni??? aku dah cuba list kan beberapa sebab yang munasabah, antaranya:

1) selama 3 hari bercuti aku dok minum ais aje, air lain tak minum langsung;
2) asyik makan makanan yang pedas-pedas (boleh terima ke??); dannnn
3) yang ni anak-anak aku yang mengandaikannya "ibu selalu jerit-jerit ngan kitorang kottt"...(hiiii tolongggg la budak2 ni..boleh jadi ke macam tu??) kadang2 je..bukan selalu pun...time diorang tak ikut peraturan aku je....




Sakit tau, nak telan ayaq liuq pun payah...macam batu kerikil je lalu masuk kat saluran tekak ni...
Kalau tak nak makan ubat, apa petua nye...kawan aku suggest minum air asam jawa...dah try, masammmm...makan mangga manis boleh tak??

Tapi sakit-sakit pun...hari ni aku bersuara gak...ingat nk jadi hari untuk membisu sedunia....tak boleh la...mesti nak bercakap gak...especially nak usik kengkawan, sehari tak mengusik macam tak lengkap la aktiviti hari tu (sori ye wahai kengkawan office ku semuaa...)

Lepas ni nak mengoogle petua-petua menghilangkan sakit tekak pulak...
okay aku nak mengundur diri....sekian catatan untuk hari ini..

1 ulasan:

  1. waaaa mcm blog baru je...mmm....asam jawa pun ok juga tu minum...teruskan...semoga cepat sembuh...

    Alang-alang saya datang ini...nak jemput awk p rumah :)...kalau sudi kunjung2 lah sya di blog yang tak seberapa ini.....

    http://cayob.blogspot.com/

    BalasPadam

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik