03 Mei 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin Bonda


Hasil daripada balik bercuti di rumah mak mertua di Jengka, Pahang. Anak-anak dok request suruh buat...diorang kata lama dah mengidam....

Gulai Tempoyak Ikan Patin 

Bahan-Bahannya:

2 ekor ikan patin (sederhana besar..basuh bersih2 ngan asam jawa dan limau nipis, ikan ni berbau sikit kalau tak dibasuh dengan betul)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk)
4 biji bawang kecil (ditumbuk)
15 biji cili api (ditumbuk)
asam keping (dalam 2 keping)
1 ikat daun kesum 
2 kuntum bunga kantan 
2 senduk tempoyak
2 biji timun (dibelah 6) 
3 atau 4 cawan air (mengikut kepekatan yg dikehendaki)
sedikit garam

Cara menyediakannya 

Bawang kecil, kunyit hidup dan cili api ditumbuk hingga hancur, setelah itu digaulkan dengan tempoyak. Kemudian bahan yang digaul tadi dimasukkan kedalam periuk, masukkan air gaul rata. Kemudian masukkan asam keping, letak atas api dan masukkan ikan terlebih dahulu, seterusnya timun, bunga kantan dan daun kesum. Biar mendidih, masukkan sedikit garam, rasa-rasalah takut termasin....lepas tu bolehlah dihidangkan...

Selamat mencuba!!

2 ulasan:

  1. Aduhai Leha....kecur aku tgk gulai tempoyak ko ni..lama dh aku x mkn gulai tempoyak gini...

    BalasPadam
  2. ikan patin mmg sangat2 sedap !!

    BalasPadam

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik