06 Mei 2011

Cantiknya! Indahnya! Oh No!

Malam tadi suami cakap nak bawak pergi satu tempat, katanya ada hadiah istimewa. Aku ikut suami  bersama anak-anak hinggalah ke suatu tempat yang sangat cantik. Kelihatan sebuah rumah yang cantik dan ditepinya anak sungai mengalir dan airnya yang cetek...Ya Allah cantiknya tempat ni, aku dekat mana ye?? Persoalan ini bermain di minda, tetapi tidak terungkapkan kepada suamiku. Suami menyerahkan segugus anak kunci dan mengatakan ini adalah hadiah istimewa dari dia untuk aku, inilah rumah yang dihadiahkan kepada aku. Eh, betul ke ni?? Macam tak percaya, aku menuju ke pintu dan membukanya, masuk ke dalam rumah dan melihat begitu cantik dan indah sekali susun atur perabot, perhiasan dan semuanya dalam rumah tersebut.



Anak-anak sibuk menarik tangan aku mengajak ke sungai. Aku turuti kehendak mereka dan kami keluar menuju ke sungai. Anak-anak bermain dengan air sungai yang sememangnya cetek dan jernih. Sejuk terasa tatkala kaki ini menyentuh air sungai yang sedang mengalir dengan tenang, terasa kedamaian dihati ini. Sungguh indah ciptaanmu Ya Allah....sedang asyik kakiku mengocak air yang jernih, sayup-sayup aku terdengar suara azan subuh berkumandang, tertanya-tanya di dalam hati, ada ke masjid yang berdekatan dengan kawasan ini?? Semakin lama, semakin kuat suara azan tadi dan aku cuba mencari di mana datangnya suara azan tersebut sehinggalah aku terjaga dari tidur....laaaa aku bermimpi rupanya. Memang bunyi jam aku azan subuh...tengok jam 5.30 pagi .....dok termenung sekejap...alangkah indahnya mimpi aku malam tadi, apa makna agaknya mimpi aku?? Masih terlihat lagi cantiknya rumah dan kawasan sekitarnya...sungguh indah. Alhamdulillah terasa damai hati ini walaupun ianya cuma mimpi. Mimpi yang indah.

3 ulasan:

  1. Aduhai Pn Leha...baru nk berkongsi kegembiraan...dh spoil...upanye mimpi aje...hmmm moga menjadi kenyataan nnt...!!

    BalasPadam
  2. terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

    Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

    Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

    BalasPadam

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik