25 Mei 2011

Talian Prabayar Islam


Assalamualaikum semua...

Korang semua pernah dengar tak mengenai salamfon ni? aku selalu dengar iklannya melalui radio ikim.fm. Jadi aku try la menggoogle mengenai benda ni...ini yang aku dapat melalui petikan Harian Metro bertarikh 7 April 2011. Nampak bagus, talian mudah alih berasaskan syariah...dan yang bagusnya ini adalah yg pertama di dunia...produk islam dan pastinya halal..harap2 nya ia digunakan meluas di Malaysia ni...

Talian syariah
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my
HALAL...Kamshul menunjukkan kad prabayar Salamfone.

SALAMFONE Sdn Bhd (Salamfone), pemain industri telekomunikasi terbaru negara, melakar sejarah tersendiri apabila memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih prabayar berasaskan syariah pertama di dunia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamshul Kasim berkata, pihaknya yakin Salamfone diterima baik masyarakat Islam di negara ini yang semakin cenderung mengamalkan cara hidup mematuhi tuntutan agama.

“Salamfone percaya sudah tiba masanya untuk mewujudkan perkhidmatan telefon mudah alih berasaskan syariah yang relevan dengan masyarakat Islam di negara ini dan kami sememangnya serius mengenainya.

“Oleh itu, kami pastikan model perniagaan kami membabitkan pelaburan yang ditambah nilai dan perkongsian perniagaan yang 100 peratus halal. Dengan cara ini, kami bukan hanya memelihara integriti jenama Salamfone, malah membuktikan kepada semua betapa seriusnya kami mengikut prinsip Islam sebenar, bukan semata-mata menjual produk,” katanya kepada media bagi memperkenalkan Salamfone menggunakan nombor bermula 0106 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan mampu menyediakan perkhidmatan ke seluruh negara menjelang akhir tahun.

“Buat masa ini, perkhidmatan Salamfone boleh didapati di Terengganu sejak 29 Mac lalu, Kelantan (2 April) dan Kedah (4 April). Perkhidmatan di ibu negara dimulakan selepas majlis pelancarannya malam ini (semalam) dan menjelang akhir tahun kami yakin mampu menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia,” katanya.


Menurutnya, antara perkhidmatan ditawarkan termasuk Infaq iaitu satu sen didermakan Salamfone kepada rumah kebajikan setiap kali pelanggan membuat panggilan.

21 Mei 2011

Tanah runtuh di Hulu Langat

Assalamualaikum dan Salam Petang...

Subhanallah, terdengar berita terkini dari TV3 sebentar tadi kejadian tanah runtuh yang menimbuskan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Batu 14, Hulu Langat. Menurut sumber dari MyMetro Seramai 12 orang lagi penghuni  dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut. Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala tiga kanak-kanak disahkan terkorban.

Maha Suci Allah, bersamalah kita berdoa agar mereka diselamatkan, apa yang berlaku ini telah ditentukan oleh NYA dan DIA Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Mudah-mudahan adik-adik di rumah anak yatim ini dapat diselamatkan dan yang terkorban bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah.


Gambar dari Facebook MyMetro






18 Mei 2011

Polka Dot @ Smurfs

Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Dah beberapa hari tak update blog, ye la semenjak blogspot under maintenance..lepas tu dok busy tak sempat-sempat nak update. Semalam aku try buat Apam Polka Dot atau smurfs buat pertama kalinya, padahal orang lain lama dah buat kuih ni, aku je baru nak mencuba..resepi aku amik kat Anjung Norry. Terima kasih sebab sudi berkongsi resepi. Sesiapa nak mencuba bolehlah ambil resepi kat situ ye. So, selepas berhempas-pulas ini la hasilnya. Baru letak je habis...lepas tu buat lagi untuk kengkawan opis...habis jugak, sempat la snap dua, tiga gambar buat tatapan pengunjung blog aku... selamat mencuba bagi yang berminat!

 kalau nak lagi cantik, besarkan lagi dot dot nye tu..aku suka dot dot kecik je..
letak aje ape-ape filling (strawberry, cokelat, nutella, blueberry)

(kalau malas nak buat sendiri, order aje...buatnya remeh sikit..tapi best!)

Bulat-bulat and comey, cute-miut..


10 Mei 2011

Kes Simbah Asid di KL

Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan kejadian simbah asid di kawasan Kuala Lumpur, menurut sumber yang diperolehi daripada laman facebook rasmi PDRM sejak bulan Feb hingga Mac terdapat (18) kejadian simbah asid berlaku dan yang terbaru pada 6 dan 7 Mei di Sentul dan Dang Wangi. Mangsa adalah terdiri daripada wanita...nak tahu lanjut boleh pergi ke sini.

Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku dan apa motifnya tak lah pulak aku tahu. Tetapi apa yang ingin aku nyatakan di sini adalah sentiasalah berwaspada dan berhati-hati..terima kasih kepada PDRM kerana bertindak segera dan berjaya menahan suspek...walau pun suspek telah ditangkap, tidak salah untuk kita sentiasa berwaspada tidak kira di mana kita berada. Persoalan di minda ku adalah "apakah semakin kita maju semakin manusia bertindak di luar batas kemanusiaan?"


Kari Ayam Berkerisik



Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni nak berkongsi resepi Kari Ayam Berkerisik dengan anda semua. Gambar tak berapa cantik sebab ambil guna handphone, kamera dah rosak tak tahu apa dah jadi. Rumah ni ramai sangat yang jadi mekanik, engineer..kontraktor pun ade...

Berbalik kepada resepi tadi ni nak bagi tahu lah kan bila bersuamikan orang Kedah ni, biasalah kari menjadi salah satu menu mingguan. Resepi kari ni aku ambil daripada ibu mertuaku. Ibu-ibu ni kalau masak main campak-campak je..tapi rasenye mmmm sehinggakan dia lalu kat belakang pun tak sedar. Okay lah berbalik kepada resepi, berikut adalah bahan-bahannya:

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana, basuh hingga bersih)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 biji terung bulat (dibelah empat)
2 biji  tomato (dibelah empat)
1 peket kecil rempah kari daging (aku suka guna Babba's punya)
2 sudu serbuk cili Babba's (optional-tak nak letak pun tak pe)
Sedikit bunga lawang dan kayu manis
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
2 sudu besar kerisik
Santan (dlm 1 biji kelapa)

Cara menyediakannya:

Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang telah dihiris, bunga lawang, kayu manis, tumis dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan rempah kari dan rempah cili. Kacau dan tumis sebati, kemudian masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau sebati dan seterusnya masukkan ayam tadi, gaul rata dan masukkan santan. Masak sehingga ayam lembut dan masukkan terung dan tomato. Guna api perlahan, lagi lama lagi bagus sehingga naik minyaknya. Setelah itu barulah masukkan garam secukup rasa. Siap dah dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.


09 Mei 2011

Kenapa Sedih??



Mata masih belum nak terpejam lagi dan alang-alang mata tak mahu nak pejam lagi ni aku nak berkongsi sedikit dengan pengungjung blog aku ni melalui buku kesayangan aku bertajuk La Tahzan atau Jangan Bersedih. 

Aku percaya ramai yang tahu mengenai buku ni, ia sungguh baik dibaca tatkala kesedihan melanda..tak sedih pun boleh baca jugak...tapi paling penting Al-Quran jangan ditinggalkan, itu penawar kepada segala kesedihan kita. Aku ambil sedikit je petikan untuk dikongsikan bersama:

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAMASYAIDAH

Tajuk sikit nyer gempak, saje buat tajuk gempak mesti korang heran kan...seperti yang aku janjikan dengan si Ben tengahari tadi memang aku nak buat gempak guna nama dia..bolehkan Ben...oklah sebelum tu minta jasa baik korang untuk Marilah Mari Pergi Mengundi  di sini ye...

Entry kali ni nak bagi tahu betapa terharunya akak dik, sebagai blogger baru ni sudi si Ben yang dah famous amous ni mem"follow" blog akak yang tak seberapa ni.. yelah kannnn si Ben ni kan ke top blogger kat Malaysia ni... blog akak baru sebulan dik....hehe 

Meh nak kongsi dengan korang ..jeng jeng jeng..

Untukmu Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Buka FB pagi ni terlihat di wall adik aku, Zailina yang post kan sajak buat arwah mak yang sangat kami sayangi. Aku kongsikan untuk tatapan semua. 
Mak, kami rindukan pelukan mak, kami rindukan masakan mak dan semuanya dari mak. 

07 Mei 2011

Weiii rindu gilerrr...camana ni??

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pegunjung di blog aku yang tak seberapa nih...:-)
Hari ni semua benda dah buat, masak, membasuh, mengemas dan banyak la me, me...n me...semuanya dah beres. Sambil duduk-duduk goyang kaki ni bukak lah album lama, zaman sekolah-sekolah dulu...tetiba teringat kat kawan-kawan baik aku Lin, Lala, Linda dan Ecah. 

Masa sekolah dulu kami memang berkawan baik sampai lah sekarang, cuma sekarang ni masing-masing sibuk dengan urusan dan family masing-masing kami cuma berjumpa setahun sekali, menjadi acara wajib setiap tahun selepas raya kitorang mesti akan jumpa beraya dari setiap rumah bermula rumah Lin dan akhir tengok keadaan la, kekadang kat umah aku atau pun rumah Linda.

Aku, Lin, Lala dan Linda tinggal dalam Lembah Klang...cuma Ecah kawan aku sorang ni tercampak jauh kat Ipoh tu dan dia sorang je antara kawan aku menjadi surirumah sepenuh masa...syokkan.. tak payah nak terkejar-kejar punch card.

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....
Abang Ben bikin gempak lagi...nak tahu pe dia???
Terus je klik kat sini ...korang dah join, aku pun dahhhh....
Okay chow dulu....


06 Mei 2011

Cantiknya! Indahnya! Oh No!

Malam tadi suami cakap nak bawak pergi satu tempat, katanya ada hadiah istimewa. Aku ikut suami  bersama anak-anak hinggalah ke suatu tempat yang sangat cantik. Kelihatan sebuah rumah yang cantik dan ditepinya anak sungai mengalir dan airnya yang cetek...Ya Allah cantiknya tempat ni, aku dekat mana ye?? Persoalan ini bermain di minda, tetapi tidak terungkapkan kepada suamiku. Suami menyerahkan segugus anak kunci dan mengatakan ini adalah hadiah istimewa dari dia untuk aku, inilah rumah yang dihadiahkan kepada aku. Eh, betul ke ni?? Macam tak percaya, aku menuju ke pintu dan membukanya, masuk ke dalam rumah dan melihat begitu cantik dan indah sekali susun atur perabot, perhiasan dan semuanya dalam rumah tersebut.

04 Mei 2011

ibu jangan jerit-jerit tau

Masuk hari ni dah 2 hari aku dok sakit tekak. Mengadu dengan hubby aku dia suruh pegi klinik ambik ubat aje...ambik je la, makan tu tak tahu bila..Kenapa ye tekak boleh sakit ni??? aku dah cuba list kan beberapa sebab yang munasabah, antaranya:

1) selama 3 hari bercuti aku dok minum ais aje, air lain tak minum langsung;
2) asyik makan makanan yang pedas-pedas (boleh terima ke??); dannnn
3) yang ni anak-anak aku yang mengandaikannya "ibu selalu jerit-jerit ngan kitorang kottt"...(hiiii tolongggg la budak2 ni..boleh jadi ke macam tu??) kadang2 je..bukan selalu pun...time diorang tak ikut peraturan aku je....


03 Mei 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin Bonda


Hasil daripada balik bercuti di rumah mak mertua di Jengka, Pahang. Anak-anak dok request suruh buat...diorang kata lama dah mengidam....

Gulai Tempoyak Ikan Patin 

Bahan-Bahannya:

2 ekor ikan patin (sederhana besar..basuh bersih2 ngan asam jawa dan limau nipis, ikan ni berbau sikit kalau tak dibasuh dengan betul)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk)
4 biji bawang kecil (ditumbuk)
15 biji cili api (ditumbuk)
asam keping (dalam 2 keping)
1 ikat daun kesum 
2 kuntum bunga kantan 
2 senduk tempoyak
2 biji timun (dibelah 6) 
3 atau 4 cawan air (mengikut kepekatan yg dikehendaki)
sedikit garam

Cara menyediakannya 

Bawang kecil, kunyit hidup dan cili api ditumbuk hingga hancur, setelah itu digaulkan dengan tempoyak. Kemudian bahan yang digaul tadi dimasukkan kedalam periuk, masukkan air gaul rata. Kemudian masukkan asam keping, letak atas api dan masukkan ikan terlebih dahulu, seterusnya timun, bunga kantan dan daun kesum. Biar mendidih, masukkan sedikit garam, rasa-rasalah takut termasin....lepas tu bolehlah dihidangkan...

Selamat mencuba!!

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik