26 April 2011

Petai Oh Petai (Parkia Speciosa)

Berapa hari dah tak update blog...hari ini dalam perjalanan balik kerja ternampaklah orang jual petai tepi jalan, teringin nak buat sambal tumis udang dengan petai...suka sangat-sangat.

Sebelum masak, nak cerita sedikit mengenai petai ni...Petai atau nama saintifiknya Parkia Speciosa tumbuh di dalam hutan atau kadang-kadang ada juga orang tanam dekat kebun/dusun, macam arwah atuk dulu,  dia tanam dekat dusun  sebelah pokok durian. Ada orang tak suka makan petai ni sebab baunya busuk...tak kisahlah, janji siapa yang suka boleh makan.

Menurut kajian sains, banyak khasiat petai ni kalau korang nak tahu....ini antara yang boleh dikongsi...khasiat petai, lepas baca sure korang pergi cari petai pulak lepas ni...:-)

So, hari ini resepi yang ingin dikongsi adalah "Sambal Tumis Udang Petai Samudra"

 


Bahan-bahannya:

2 ikat petai (cari yg buah gemok-gemok tau)
400gm udang (apa-apa udang basah pun boleh, jangan la udang kering pulak)
15 tangkai cili kering (ikut suka, kalau nak pedas tambah lagi..basuh dan rendam sekejap dalam air panas)
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur/keping
sedikit belacan
sedikit santan

Cara menyediakannya:

Petai dibelah dan ambil isinya. Udang biasalah, buang kepalanya dan basuh bersih-bersih. Blender cili kering, bawang besar, bawang putih dan sedikit belacan. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah di blender tadi hingga naik minyak. Masukkan asam keping, biarkan dalam 3 minit dan masukkan petai kacau rata. Biarkan sekejap dan kemudian masukkan udang, kacau sehingga rata kemudian masukkan sedikit santan, kacau rata dan biarkan seketika. Selepas itu masukkan garam secukup rasa. Kalau suka boleh tambahkan sedikit gula. Biarkan hingga masak. Dah masak bolehlah dihidangkan.

Senangkan, selamat mencuba dan menikmati khasiat petai...

2 ulasan:

  1. sedap...sedap....sukanyer ngan petai nii.....terliur plak.....huhuhu

    BalasPadam
  2. sedap..sedap.....suka....

    BalasPadam

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik