16 April 2011

Cara nak popularkan blog

Assalamualaikum...

Anda semua para blogger terutama blogger baru macam saya tentu tercari-cari macam mana cara hendak mempopularkan blog kita macam "goreng pisang" panas kan. Saya  sudah goggle banyak blog dan macam-macam cara diberikan dan semuanya memang bagus..kredit pada anda semua para blogger senior..adalah antaranya adalah:

1. blogwalking/blogjogging (apa sajela) kat blog-blog lain dan komen sikit dekat shoutmix/cbox mereka. Saya dah cuba cara ni, memang bagus saling ziarah menziarah ni.

2. komen kat post mereka ni, but please komen yang positive la...and may be ayat-ayat komen anda tu diminati oleh blogger lain yang masuk ke blog tu dan secara langsung berminat nak tahu siapa anda.

3. anda dah masuk dan berjalan-jalan ke blog-blog lain tu, berminat jadilah follower diorang bukannya rugi pun kita menambah kenalan.

4. perkara yang nak dipostkan ke blog anda, yang ni paling penting..biasanya apa yang saya tahu perkataan-perkataan unik dan berlainan sikit membuatkan orang nak tahu apa cerita kesudahannya.

Ini sahajalah antara yang saya tahu untuk dikongsi bersama, lain-lain tu nak mintalah jasa-jasa blogger senior menglinkkan tips-tips yang boleh dikongsi bersama. Jasa baik kalian atas ilmu yang diberi hanya Allah yang boleh membalasnya..

Sekian, salam ceria dari saya....

15 ulasan:

  1. usaha tanpa jemu... semua dia atas betul tapi yang paling penting ialah entry kita mestilah menarik dan ada info yang berguna yang boleh dimanafaatkan.

    Ramai juga yang suka dengan hiburan, sebab tu blog2 hiburan selalunya meletop! tapi... kita kena beringat2 apa yang kita tulis bukan saja dinilai oleh manusia tapi juga oleh Yang Maha Melihat dan Mendengar... so tulislah yang baik2 je...

    Buat kata Prof Dr Muhaya, kita kena cari banyak2 "pencen" di akhirat.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Pena Digital, akan diusahakan tanpa jemu...insyaallah

    BalasPadam
  3. saya pun new blogger baru ja.. sgt2 baru :)) thanks pada entry ini..

    BalasPadam
  4. Tambahan point utk popularkan blog @ denaihati.com/cara-nak-popularkan-blog

    BalasPadam
  5. Setuju sangat, bagi saya blogwalking or blogjog tu penting. dan yang paling penting, jadilah close friend pada blog tersebut, bukan friend sahaja :)

    my2sen opinon.

    BalasPadam
  6. popularin yg dikejarin ketakain berbloggingin? iskiskiskin

    BalasPadam
  7. semalam, saya visit mamasyidah, hari ni denaihati singgah dan siap bagi review lagi... tahniah mamasyidah sebab dapat perhatian otai yang popular.

    BalasPadam
  8. Betul tu PD tak sangka, actually xtahu pun denaihati tu otai, apa2 pun terima kasih atas perhatian dia dan ilmu yg diberi...

    BalasPadam
  9. singgah baca tips... menarik!

    BalasPadam
  10. Suatu perkongsian yang seharusnya dihargai..sangat bermanfaat terutamanya kepada orang baru.

    BalasPadam
  11. assalam.
    saya juga orang baru juga...berblogging ni sebab minat bercerta. Nak tunjuk juga skil menulis. Saya masih tidak mempunyai follower...kenapa ya

    BalasPadam
  12. salam
    saya pun baru2 nak start berblogwalking... ramai cakap akan membantu termasuk post sis ni... thanks ya... akan mula rajin berjalan2... btw salam perkenalan... :)

    BalasPadam
  13. Terima kasih ya atas perkongsian yang sangat baik
    Taqwathealth.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Salam perkenalan...Terima kasih sudi beri tips pada kami yang masih baru.
    jom singgah senyumdansenyumlagi.blogspot.com..sudi-sudikan...

    BalasPadam

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik