26 April 2011

Petai Oh Petai (Parkia Speciosa)

Berapa hari dah tak update blog...hari ini dalam perjalanan balik kerja ternampaklah orang jual petai tepi jalan, teringin nak buat sambal tumis udang dengan petai...suka sangat-sangat.

Sebelum masak, nak cerita sedikit mengenai petai ni...Petai atau nama saintifiknya Parkia Speciosa tumbuh di dalam hutan atau kadang-kadang ada juga orang tanam dekat kebun/dusun, macam arwah atuk dulu,  dia tanam dekat dusun  sebelah pokok durian. Ada orang tak suka makan petai ni sebab baunya busuk...tak kisahlah, janji siapa yang suka boleh makan.

Menurut kajian sains, banyak khasiat petai ni kalau korang nak tahu....ini antara yang boleh dikongsi...khasiat petai, lepas baca sure korang pergi cari petai pulak lepas ni...:-)

So, hari ini resepi yang ingin dikongsi adalah "Sambal Tumis Udang Petai Samudra"

 


Bahan-bahannya:

2 ikat petai (cari yg buah gemok-gemok tau)
400gm udang (apa-apa udang basah pun boleh, jangan la udang kering pulak)
15 tangkai cili kering (ikut suka, kalau nak pedas tambah lagi..basuh dan rendam sekejap dalam air panas)
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur/keping
sedikit belacan
sedikit santan

Cara menyediakannya:

Petai dibelah dan ambil isinya. Udang biasalah, buang kepalanya dan basuh bersih-bersih. Blender cili kering, bawang besar, bawang putih dan sedikit belacan. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah di blender tadi hingga naik minyak. Masukkan asam keping, biarkan dalam 3 minit dan masukkan petai kacau rata. Biarkan sekejap dan kemudian masukkan udang, kacau sehingga rata kemudian masukkan sedikit santan, kacau rata dan biarkan seketika. Selepas itu masukkan garam secukup rasa. Kalau suka boleh tambahkan sedikit gula. Biarkan hingga masak. Dah masak bolehlah dihidangkan.

Senangkan, selamat mencuba dan menikmati khasiat petai...

18 April 2011

Seronok ke dunia blogging tu???



Assalamualaikum semua dan salam ceria,

Seronok ke dunia blogging tu?? Inilah yang aku tanya pada kawan2 aku yang pernah ada blog lebih dulu dari aku...dulu aku tak pernah pun ambik tahu apa dia blog tu, macam mana nak buat tapi seronok masuk blog orang lain. Itu dulu...masa aku tak kenal dunia blogging ni...tapi sekarang baru aku tahu indahnya dunia blog ni...apa sahaja terlintas diminda akan dijadikan coretan ke dalam blog.

Seronok melawat blog-blog blogger lain...macam2 info, cerita suka duka, pengalaman...memang dunia tanpa sempadan...masa breakfast di office pagi tadi, dok berborak dengan kawan2 aku, terbukak la cerita blog ni...kawan aku cakap sabtu lalu mak dia ada datang rumah dia, so tetiba tanya la pasal blog-blog ni (sebab kebetulan masa tu kawan aku ni tengah mengadap laptopnye dok ber FB)...mak dia tanya macam ni..(mak dia ni kira bukan la buta IT...pernah bekerja mesti tahu pasal IT...tapi tak la sampai pasal2 blog ni)...

"Apo blog-blog ni A (bukan nama sebenar...nanti dia pancitkan tayar kereta aku lak)..tunjuk kat mak sikit..." kebetulan lak dia tengah ber Fb tu dia bukak la satu blog tunjuk kat mak dia...so mak dia pun cakap la..."oooo ini blog, mak ingatkan apo dio blog tu, seronok yo, ado resopi, apo nak tulih pun buleh yo...oghang tak marah ko?...(sori la xpndai ckp n9..jgn mare...)... dia senyum n ckp balik kat mak dia "nak jual apa2 pun buleh mak kat dalam ni"..."oooo ye ke"...(kebetulan mak dia memang jual kain-kain buat baju)...lepas ni korang mesti leh tengok lak blog mak dia, sebab tak lama lagi dia nak buat blog lak...huhu

Dulu aku tak pandang pun blog-blog ni, tapi tu la kan, tak kenal maka tak cinta...hopefully disini aku mengenali dunia-dunia blogger lain yang mana boleh menggembirakan hati yang duka, mendapatkan maklumat pabila diperlukan dan menyelesaikan masalah yang tidak nampak jalan penyelesaian.....

Terima kasih atas pengenalan ini....salam dari aku untuk semua para blogger...

Ikan Masak Kicap "Sempoi"

Assalamualaikum semua....sihat tak hari ni? Hari ni nak masukkan resepi sempoi aku...biasalah kan orang yang tak de masa macam aku ni sentiasa nak resepi yang sempoi je...hari ni resepinya ikan masak kicap "sempoi". Sorry la gambar tak berapa cantik..camera tak canggih... :P



Bahan-bahannya

6 ekor Ikan (ikut suka ikan apa pun...)
3 biji Cili besar merah/hijau -dibelah dua
5 biji cili api - dihiris (tak nak letak pun tak pe..tak derhaka pun)
2 biji bawang kecil - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong bulat
sedikit air asam jawa
kicap lemak manis
1 1/2 cawan air
1 sudu besar rempah kari ikan (kalau tak nak letak pun tak pe..aku letak sebab memang dari arwah mak lagi letak rempah kari sikit...memang rasanya lain...tak percaya...sila cuba, nanti jemput aku datang rumah rasa...huhu)

Cara nak menyediakan:

Ikan macam biasa basuh, letak garam, kunyit goreng dulu dan ketepikan. Tumis bahan yang dihiris, masukkan cili besar, bawang besar dan tumis sekejap, kemudian masukkan kicap...agak2 la jangan sampai masin lak...lepas tu masukkan air asam jawa dan rempah kari. Biar mendidih sekejap, masukkan ikan yang dah digoreng tadi dan kemudian air. Tungga sehingga mendidih dan masak. Jangan letak garam lagi, kicap tu dah ada rasa masinnya...dah siappp...kan aku dah cakap sempoi je nak masak ni...makan la dengan hidangan tambahan lain lagi...

Selamat mencuba...wassalam..
Chef LuLu

17 April 2011

Terjatuh lagi!!

Assalamualaikum & salam ceria di hari Ahad (hari lain tak ceria ke??),

Huh! baru je lepas balik dari exam... lepas dah satu babak...minggu depan ada satu babak lagi..harap-harap bolehlah jawab dengan baik. Sampai kat rumah tengok lunch dah disediakan oleh suami tercinta...alamak terima kasihlah suamiku...you're the best husband!

Lepas makan macam biasa anak-anak kena ada tugas masing-masing..pandai-pandailah diorang tugas apa kena buat. On the way nak masuk bilik aku, tersinggahlah pulak kaki ni ke bilik si Kak Long, Ya Allah! terkejut beruk aku dibuatnya.....aku rase macam masuk dalam gudang. So...apa lagi, drama telenovela tarzan yang episod ke berapa ntah pun bermula la...tak sanggup aku melihatnya. "Kak Long! kemas bilik! kalau tak ibu ambik gambar bilik kak long post kat dlm FB kak long, biar kawan2 tahu...(ni memang ancaman biasa aku bagi...sebab bila dengar ancaman ni dia akan buat dengan sepantas-pantasnya).

Sambil makan kudapan dan dok melayan cerita di TV, aku terdengar bunyi macam nangka busuk jatuh..diikuti bunyi kaca pecah...(ah sudah, takkan tunjuk perasaan kot aku suruh kemas bilik) bergegas aku dengan suami masuk bilik anak dara aku, laaaa dia terbaring mengaduh...habis berterabur semua hiasan kat tepi katil dengan atas meja tulis...(tak tahu mcm mana boleh jadi mcm tu, belum pernah lagi selama ni ajar dia jadi spiderman...mn pulak dia belajar ni?)

Tapikan kita ni kalau dah perempuan, perempuan jugak, bukannya nak angkat budak tu tapi membebel balik, "kenapa la ko ni kak long asyik nak jatuh je, ibu suruh kemas bilik bukannya bertukang"..dalam dok mengaduh tu dia boleh gelak pulak apa aku cakap. Bukan apa nak cerita, minggu ni je dah 2 kali dia jatuh...nak tahu cerita pertama sila ke sini .

Tapi kesian jugak la, anak kannn, sape tak sayang...ambik minyak sapu la kat belakang dia. Tanya jugak dia, perlu ke nak hantar hospital pasang simen kat pinggang tu, dia geleng sambil tersenyum-senyum...alasan la tu, aku jugak kena kemas nanti...huh!. Tu la pasal, ni nak bagi tahu kat anak-anak dara ni, lain kali kemaslah bilik selalu, serabut kepala tau. Aku rasa dah macam nak buat kat office aku je...amalan 5s tu..biar semua benda ada label kat tempat, dah ambik tau tempat nak letak balik. Bilik paling ceria, paling kemas dapat hadiah..(betul la, aku ingat nak buat macam ni je). Bilik adik dia kemas, biar dia jeles kalau adik dia je dapat hadiah..

Huh, 3 orang anak aku rasa macam 10 orang...tabik la kat mak-mak kita dulu...walau pun ramai anak tapi semuanya teratur...teringat kat arwah mak aku...Zaina zaid bt Mohd Yusoff (lain kan nama dia, korang cari la kat Malaysia, tak jumpa nama ni). Al-Fatihah untuh mak....

Sekian & wassalam...

16 April 2011

Apa ada 30 April 2011

Assalamualaikum semua...selamat malam,

Sebelum mata ni nak terpejam nak post entry terbaru jap....dengan tajuk apa ada 30 April ni...sebenarnya saje nak bagi tahu 30 April ni tarikh akhir hantar Borang Be (bagi yang bekerja tiada punca perniagaan). Hantar segera menggunakan e-filing mudah je...tak payah beratur ke pejabat LHDN pepanjang... jangan tunggu last minute nanti traffic jammed...

Nak tahu lanjut sila klik kat sini Hasil...

Selamat ber e-filing...hanya dihujung jari anda!! (promote baekk tuuu..)

Sekian, wassalam.

Cara nak popularkan blog

Assalamualaikum...

Anda semua para blogger terutama blogger baru macam saya tentu tercari-cari macam mana cara hendak mempopularkan blog kita macam "goreng pisang" panas kan. Saya  sudah goggle banyak blog dan macam-macam cara diberikan dan semuanya memang bagus..kredit pada anda semua para blogger senior..adalah antaranya adalah:

1. blogwalking/blogjogging (apa sajela) kat blog-blog lain dan komen sikit dekat shoutmix/cbox mereka. Saya dah cuba cara ni, memang bagus saling ziarah menziarah ni.

2. komen kat post mereka ni, but please komen yang positive la...and may be ayat-ayat komen anda tu diminati oleh blogger lain yang masuk ke blog tu dan secara langsung berminat nak tahu siapa anda.

3. anda dah masuk dan berjalan-jalan ke blog-blog lain tu, berminat jadilah follower diorang bukannya rugi pun kita menambah kenalan.

4. perkara yang nak dipostkan ke blog anda, yang ni paling penting..biasanya apa yang saya tahu perkataan-perkataan unik dan berlainan sikit membuatkan orang nak tahu apa cerita kesudahannya.

Ini sahajalah antara yang saya tahu untuk dikongsi bersama, lain-lain tu nak mintalah jasa-jasa blogger senior menglinkkan tips-tips yang boleh dikongsi bersama. Jasa baik kalian atas ilmu yang diberi hanya Allah yang boleh membalasnya..

Sekian, salam ceria dari saya....

15 April 2011

Sardin Bonda

Assalamualaikum semua...

Hari ini anak-anak dok request suruh masak sardin..(nasib baik la sardin, kalau yg lain2 payah nak cari dah lah akak ni tgh bz study...pandai anak aku...). Okaylah...alaa sardin bukan susah...semua orang boleh buat...tak kisahlah dik..yg penting akak nak tulis gak...resepi sardin ni memang dr arwah mak aku, so sampai sekarang terikut-ikut lah cara dia menyediakannya.. so jom tengok resepinya...



Bahan-bahan:
dah tentulah sardin 1 tin (ikut suka la nak besar ke kecik...aku suka sardin ayam brand memang sejak berzaman lagi)

Bahan ni kena blender kasi hancur
5 biji cili merah besar
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan

Bahan lain
Sebiji bawang besar
asam keping/air asam jawa/perahan limau nipis (mana-mana satu pun boleh...jgn letak semua pulak)
Garam secukup rasa

Cara nak menyediakannya

Pertama sekali mesti bukak tin sardin (kalau tak buka macam mana nak masak ye tak..hehe). Masukkan dalam mangkuk. Panaskan sedikit minyak, goreng dulu ikan sardin tersebut sekejap (hati-hati sikit nanti dia ada percikan-percikan cubitan sayang...huhu). Lepas tu angkat dan ketepikan, tumis bahan yang dah diblender tadi masukkan asam keping/air asam jawa/perahan limau nipis (mana-mana satu pun boleh...jgn letak semua pulak) hingga naik bau...pastikan cili tu masak betul-betul...api slow ye, jgn kasi hangit...and then masukkan pula sardin yang dah goreng sekejap tadi, lepas tu masukkan sos sardin yang dalam tin tadi, bawang besar dan 2 cawan air. Tunggulah hingga mendidih, masukkan garam dan masaklah hingga masak...lepas tu boleh hidang and nyum,nyum,nyum....senang je 10 minit pun tak sampai....

Selamat mencuba...aku nak meneruskan ulangkaji aku nih....wish me luck ok...insyaallah
Wassalam...

14 April 2011

Study Mode

Assalamualaikum semua...


Aku ambil cuti hari ini dengan esok just for study untuk final exam aku semester ni...huhu last minute punya study tak tahu lah boleh masuk ke tidak...hopefully boleh la...sekarang tengah duduk berkurung kat dalam bilik mengadap buku and of course tak lupa Cik Laptop kesayangan aku...korang rasa la kan study last minute ni okay ke? Bagi aku ada pro and cont dia la...org macam aku ni memang jenis suka la study last minute ni...but sesetengah org kalau study last minute memang tak boleh masuk...

Nak cerita dengan korang la pasal study last minute ni apa yang berlaku adalah aku telah tersalah baca buku and lagi satu tersalah tengok jadual exam...(mcm mn terjadi...faham2 je la org sibuk cam aku ni)...aku study sikit punya la bagus lagi 4 hari nak exam dok concerntrate bace subjek A (sebab subjek B & C nye exam lambat lagi)...smpai kat tempat exam aku pi la dok tengok jadual kat notice board tetiba tengok Subjek B punya exam rupanya hari tu...punya la mengelabah aku...tuhan aje yang tahu...mcm mn nak buat ni, nk balik ambik buku..dah tak ada masa...jd jawabnya...usaha dah tentu tak ade dah...ape lagi tawakkal kpd Allah aje la...doa aku mudahan aku lepas subjek ni...so, dengan berkat keyakinan aku teruskan juga....at last result yang aku dapat...okay lepas but not excellent...anyhow syukur alhamdulillah Allah tolong aku...so itu menjadi pengajaran buat aku...sekarang ni kalau nak exam aku akan pastikan betul-betul subjek dan jadual exam...

Macam tu la kan....actually dalam kehidupan ini...time management is very important...aku merasakan pengurusan masa aku ni masih ditahap sederhana...(agaknye..)..so, utk kawan-kawan yang seangkatan dan sewaktu dengan aku....selamat mengulangkaji....Good LuCk!!

13 April 2011

Ikan Masak Tauchu


Hari ni balik kerja dok intai dalam peti ais ada lagi ikan 6 ekor, sok boleh lah gi pasar beli pulak bagi memenuhkan balik peti ais aku ni, maklumlah dh 2 minggu aku dok balik opis gelap sampai tak nampak matahari...hari ni agak awal sikit...terus teringat nak buat ikan masak tauchu...ha ni la resepinye:

 


Ikan Masak Tauchu

6 ekor ikan (apa-apa ikan je la yg korang rase sedap dimakan...aku guna ikan kembong je..tu je yg ada dlm peti ais..hehehe)
1 peket tauchu (ada jual kat kedai peket kecik..aku tumbuk dulu ngan cili api...saje nk bg lain sikit)
2 biji bawang besar (hiris bulat ke...bersegi pun boleh je..)
2 biji cili besar (tak kira la merah/hijau..belah 2)
2 ulas bawang putih-dihiris
2 ulas bawang merah-dihiris
5 biji cili padi (tumbuk ngan tauchu tu tadi..)
1 inci halia-dihiris (kalau nak letak, tapi aku tak letak sebab anak2 tak suke)
1 1/2 cawan air (ikut kalau nk berkuah byk letak le 2 cawan ke...jgn byk sgt nanti jd gulai kawah le pulak)
sedikit air asam jawa
garam secukup rase

Cara-caranya:-

Ikan bersih macam biasa letak garam n kunyit dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan... masukkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau. Masukkan tauchu yang dah ditumbuk dengan cili padi, halia, sedikit asam jawa dan air. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Biarkan sekejap and then masukkan bawang besar dan cili merah/hijau...tunggu sekejap, lepas tu boleh angkat dan hidangkan....

Selamat mencuba....

Sajak

Assalamualaikum semua...

Tetiba pulak hari ni rase nak membaca sajak...dalam banyak2 sajak ini adalah salah satu sajak membuat aku terpikat dengan kata-kata tersiratnya...

Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Badawi 
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti, menikmati damai abadi

11 April 2011

Sambal Bilis Cili Api

 



Sambal bilis cili api ni menjadi makanan kegemaran family aku dari dulu lagi..especially kalau bulan puasa (dah fikir pasal puasa lak ni...) lagi sedap kalau dimakan masa nasi tengah panas2...memang terbaekk punya...anak-anak aku cukup suka dan ini lah masakan yg paling simple, senang dan cepat nak sediakan terutamanya mcm aku yg selalu terkejar-kejar dgn masa...maklumlah masa yg dah ditinggalkan tak boleh nak patah balik untuk dikutip kembali...(ayat nampak suci dan bermotivasi betul...) tapi betullah kan...selalu kita ni cakap tak cukup masa, tak sempat, tak ade masa...sebenarnya kita yg tak tahu menghargai masa...(ni apasal keluar cerita masa lak ni...nak citer pasal resepi sambal..hehe) okaylah sambal ni ada jugak orang panggil sambal gila, aku pun tak tahu kenapa dipanggil mcm tu...setakat ni belum la lagi gila bila nak buat sambal ni, tapi mungkin sebab kita kena tumbuk dia gila-gila dulu kot....so ini resepinye:

15 biji cili api  (ikut suka kalau nak lagi pedas tambah je)
sedikit ikan bilis (ikut suka jugak la, agak2 ...rendam la dlm 10 minit bagi dia lembut sikit)
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
garam secukup rasa
sedikit gula
air asam jawa

Cara membuatnya:

Cili api, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk hingga lumat. Masukkan ikan bilis tumbuk kasar tak perlu la sampai lumat. Kemudian panaskan minyak, bila dah panas masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan goreng dengan api sederhana, masukkan air asam jawa sedikit garam dan gula. Goreng hingga masak agak kehitaman tapi bukan hangit tau.....selamat mencuba!

Masakan yang simple dan mudah nak sediakan.

Selamat Datang

Selamat datang untuk aku yang baru start nak berblogging...org lain lama dah buat benda nih, almaklumlah baru nak terkial-kial cari cara nak letak gambar bergerak2 lah, tulisan berkelip2 lah...hehehe lama betul amik masa nak study benda2 macam ni...dah jadi mak orang baru nak buat blog..tak pe lah kan...selagi ada ilmu kita cari.

Firstly nak introduce myself..(chewahhh ckp omputih...ngada2), aku ni isteri dan ibu kpd 3 org anak2 yg comey-comey dan leh tahan lah nakalnya jugak..tapi baikkkk..(kan..kan anak ibu baik kan..).



Aku jugak bekerja di salah sebuah agensi kerajaan di jln duta (aku rase semua org tahu kat mana tu). Dalam masa yg sama aku pun tgh sambung belajar jugak...huhuhu mesti korang tahu camana sibuknya mama syaidah ni kan...haaa dlm mase yang sama gak aku ade la buat bisnis sikit2.... marble cheese brownie, mini pizza and roti (kalau ada tempahan).


Hobi aku suka masak, makan and do something yg creative...apa2 je la...
So, thats all for today..coretan dari mama syaidah berjumpa di coretan akan datang..

Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik