29 April 2012

Bukit Cahaya Seri Alam

Assalamualaikum semua,
Hari ni aku nak update pasal Bukit Cahaya Seri Alam atau Bukit Cerakah. Hari ni aku & family berkesempatan ke sana. Kami sampai lebih kurang jam 11 pagi dan masa ni pun kereta dah penuh di kawasan parking. Sampai di kaunter tiket, kami bayar tiket masuk dan juga tiket rumah empat musim. Bulan ni adalah bulan April, so its spring season. Check it out photo2 yang berjaya aku ambil...not bad tempat ni, boleh bawak family jalan2.
Aku ambil jadual ni supaya boleh tahu bila nak pegi utk season tertentu

kena jalan kaki masuk dalam, letih la sikit..lepas turun charter nih

dengan adik2 ipar

saje amik gambar ni...cantik

ni bunga2..sebab musim bungakan

cantik tulip ni

kalau lah laman rumah aku buat camni bestkan..

with mr.chinta

cantikkan

cantik bunga ros ni

macam ada kat oversea lak..

26 April 2012

Impian kecil atau besar tetap DIA makbulkan

Assalamualaikum...

Wahh... lamanya blog ni tak bukak, naik bersawang dah. Sorry lah aku sibuk sangat dan menyibuk pun ye jugak. Hari ni terasa nak update blog sebab apa..korang nak tau tak? Sebab hari ni aku rasa bahagia sangat, so nak ku catatkan dalam blog aku ini sebagai ingatan.

Ceritanya begini, office tempat aku kerja ada majlis sikit dan dirasmikan oleh CEO kami. So, persiapannya mestilahhh bagaikan nak kenduri kendara...seronok. Kerjasama bersama-sama, gurau senda, gelak ketawa...memang seronok dengan kawan-kawan...bahagia tau.

26.04.2012 (hari ni la) majlis bermula. CEO buat lawatan ke department by department. Biasalah, sampai department aku dia mesti bersalam dengan semua. Nak jadikan cerita department aku ada sediakan kek dan kek tu pulak diletakkan resepi kek kejayaan yang pernah aku sampaikan masa public speaking aku sebelum ni...camana resepinya...haaa korang leh tengok kat sini  Resepi Kek Kejayaan . So, CEO aku tertarik dengan resepi ni dan mencari siapa punya resepi, bukan lah resepi aku tapi aku berkongsi hasil pencarian internet untuk preparation aku punya public speaking. Bila nama aku disebut, terkejut jugak...tersipu-sipu malu aku pergi depan dan bersalam semula dengan CEO aku. Korang nak tahu tak, CEO aku ni seorang yang humble dan cukup menghargai staf bawahan.

Lepas tu, aku teringatkan buku yang pernah aku beli untuk aku nak beri pada dia sebelum ni tapi tak pernah berkesempatan, jadi aku rasa inilah masa yang sesuai..so aku pun pegi amik buku tu dan tunggu dia keluar untuk aku hulurkan buku tu kat dia.

Inilah bukunya aku beli dari bulan Januari lagi...
Bila CEO keluar je aku terus hulurkan buku tu kat dia, terus dia ucap terima kasih and ada lagi kata-kata dia yang buat aku terharu...(biarlah rahsia)..hehe. Apa-apa pun terima kasih Allah swt kerana walau pun terdetik sedikit sahaja keinginanku pasti Allah akan memperkenankannya...cuma cepat atau lambat sahaja. So, jangan berhenti berharap dan jangan berhenti untuk memohon kepada NYA apa jua keinginan kita, walau kecil atau besar pasti DIA akan memakbulkannya.

Itu saja coretanku buat hari ini. Terima kasih kepada semua pembaca blogku ini....sayang anda semua.


25 Mac 2012

Dunia kreatif idah

Assalamualaikum :-)

Ahhhh lamanya tak update blog ni.. dah bersawang :-) Bukan tak nak update tapi masa sangat mencemburui aku. Okaylah nak story sikit pasal gambar tu. Itu idah anak bongsu aku, hobinya mewarna dan melukis. Tahap kesukaannya terhadap melukis dan mewarna adalah tersangattt sukanya sampai tak boleh nak halang. Gambar ni aku amik masa kami on the way balik dari penang petang tadi. Singgah jap dekat r n r Behrang, sempat ambil buku lukisan dan mewarna :-) kawan aku cakap biarkan dia dengan caranya macam tu sebab dari kecil nak mula asah bakatnya. Insyaallah dik, ibu doakan anak2 ibu agar dianugerahkan bakat yang baik dan berguna sama ada dunia atau untuk akhirat. Salam sayang dari ibu buat anak2 ibu :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

04 Disember 2011

Mana ibu saya!


Assalamualaikum dan selamat malam kepada yang melawat blog aku ni....sudi-sudilah buat macam blog sendiri untuk komen je la ye...

Entri kali ni aku nak cerita pasal kucing pulak tapi bukan pasal 'Falling Dino' tau tapi spesis yang sama macam Dino. Petang tadi aku dengan hubby n kids nak ke taman, konon nye nak berjogging...tapi kuasa Allah kan...Alhamdulillah hujan turun dengan lebat yang teramat lebatnya. Sampai kat tempat parking dalam hujan yang lebat dan air yang mencurah-curah tu ternampaklah 2 ekor anak kucing yang masih kecil sangat...aku ingat baru 3 minggu lahir kot...dalam kotak kebasahan. Anak aku pun apa lagi berlari keluar kereta dalam hujan nak menyelamatkan anak kucing tersebut. Actually aku ni bukannya cat lover sangat, tapi semenjak si Dino masuk dalam keluarga kami aku jadi simpati pada spesis Dino yang terabai ni. Anak kucing tu aku tengok dah mengeletar kesejukan dan rasenya kalau dibiarkan lama mau mati kelemasan atau kesejukan. Kami bawak balik kerumah, husband aku lekas-lekas mandikan dengan air suam untuk hilangkan air hujan yang dah kena pada anak kucing tadi. Lepas mandi kami selimutkan mereka dengan tuala tebal...kesian sangat dah la tak de ibu...dibuang pulak dalam kotak dan diletakkan di tempat yang tidak berteduh. 

Kami beri minum susu, malangnya kucing ni tak pandai nak menyusu sebab masih memerlukan ibunya. Bila aku angkat dalam pelukan aku, mereka tertidur...Ya Allah simpatinya aku dengan kucing-kucing ni. Nasib baik ada jep ubat Dino hari tu, so aku bagilah minum guna benda tu. Aku try cari info kat google, ade yang maklumkan bahawa anak kucing tak sesuai minum susu bayi sebab kandungan lactosa yang lebih, tak tahu la betul ke idak. So, malam ni jugak aku pergi cari susu dan botol susu untuk kucing ni, tapi semua kedai dah tutup. Kat Tesco ngan Giant pun tak ada, hampa lah jugak...mungkin esok aku cari lagi kat pet store.

Aku harap kucing ni boleh survive walaupun dah tak de ibunya di sisi. Mana lah ibu nya tak la pulak aku tahu. Tengok anak kucing dibuang macam tu pun aku tak sanggup, bagaimanalah manusia yang boleh buang anak sendiri yang dilahirkan di merata tempat... Kalau ada manusia yang sanggup buat macam ni iaitu buang bayi sendiri, maka mereka dah lebih daripada binatang. Nauzubillah. Janganlah tambah dosa lagi selepas dosa berzina.



Wallahualam...

02 Disember 2011

Apa ada di tingkap itu!!


Assalamualaikum kepada yang melawat blog mamasyaidah. Terima kasih kerana sudi melawat...sila jemput minum kopi..hehe.

Okay untuk entri kali ni aku nak share satu artikel yang diberikan oleh kawan aku yang sumbernya dari mana dia pun tak pasti. Ceritanya begini;

Suatu hari ada sepasang pasangan suami isteri yang baru berkahwin berpindah ke satu kawasan penempatan baru. Keesokan paginya semasa pasangan ini sedang menikmati sarapan pagi, si isteri terlihat jirannya sedang menyidai pakaian di ampaian. Si isteri mengatakan kepada suaminya, "tengok tu, pakaiannya tidak dicuci dengan bersih. Nampaknya jiran kita ini tidak pandai mencuci baju dengan betul. Mungkin dia perlu mencari sabun yang lebih baik dan berkualiti". Suami yang mendengar hanya mendiamkan diri.

Hampir setiap hari, apabila si isteri melihat jirannya menyidai pakaian, dia akan memberikan komen yang sama kepada suaminya. Sehinggalah sebulan kemudian, pagi tersebut si isteri terkejut melihat pakaian yang disidai oleh jirannya sangat bersih dan putih. Lalu si isteri pun berkata kepada suaminya, "tengok! jiran kita dah belajar cara yang betul untuk mencuci pakaian. Siapa agaknya yang mengajar dia kan?" kata si isteri kepada suami kehairanan.

Si suami membalas, "saya bangun awal pagi ini dan bersihkan cermin tingkap kita yang kotor ini"!. Si isteri terdiam mendengar kata-kata suaminya.

Nampak tak bagaimana perkara ini boleh berlaku dan sememangnya sering berlaku kepada kita. So, moral daripada cerita ini adalah sebelum memberikan apa-apa kritikan adalah lebih baik kita lihat diri kita dahulu dan bukannya hanya mencari kesalahan atau sesuatu yang tidak kena pada orang lain. Jangan menilai pada pandangan mata kasar kita yang belum tentu ianya betul atau pun tidak.




Follower

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik klik